[BUKU] 40 SIRAH POPULAR YANG DIRAGUI BERKENAAN NABI & SAHABAT

[BUKU] 40 SIRAH POPULAR YANG DIRAGUI BERKENAAN NABI & SAHABAT
Popular tidak semestinya benar melainkan,
Ia bersumberkan dalil yang sahih. 


**************
Buku “40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat” ini ditulis bagi membetulkan kefahaman masyarakat mengenai kisah-kisah popular yang selalu kita dengar.

Allah s.w.t. menciptakan dunia kerana Nabi s.a.w.

-----

Saidina Umar r.a. membunuh anak perempuannya semasa zaman jahiliah

-----

Abdul Rahman Bin ‘Auf merangkak masuk syurga disebabkan terlalu kaya

-----

Ucapan “ummati , ummati” (umatku) ketika akhir hayat Baginda s.a.w.


Kisah-kisah ini disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan juga sahabat. Kisah-kisah ini didatangkan dengan pelbagai versi bertujuan bagi mendatangkan pengajaran dan amalan kepada pendengar. Walhal, kisah-kisah ini, sebahagian besarnya bertaraf lemah, malahan ada yang sampai ke peringkat palsu. Taraf lemah atau palsu ini ditetapkan berdasarkan piawaian penilaian para ulama yang disebutkan di dalam buku ini.


Mudah-mudahan, buku ini menjadi pencetus supaya kita mempelajari sirah yang sahih bersumberkan riwayat muktabar dan diperakui. Di samping menjadikan perbincangan ini, perbincangan yang ilmiah berkenaan riwayat-riwayat sirah yang ada perselisihan para ulama.




PENULIS BUKU INI ADALAH : 


    Ustaz Mustafar Mohd Suki




    Berasal dari Kuala Lipis Pahang, Sekarang menetap Sungai Buloh, Selangor. Memperoleh  Syariah Perbankan & Kewangan Islam dengan kepujian daripada Universiti Yarmouk, Jordan pada tahun 2011, beliau sempat menuntut dan mengambil manfaat ilmu dengan para ulama Jordan dan Syria seperti al-Marhum Sheikh Syuib al-Arnouth, al-Marhum Sheikh Dr Nuruddin ‘Itr, Sheikh Muhammad Naim a’-‘Araqsusi, al-Marhum Sheikh Ali al-Halabi al-aThari, Sheikh Masyhur Hasan Ali Salman, Sheikh Dr Faisal al-Jawabirah, Sheikh Abu Tariq Ihsan al-‘Utaiby dan selainnya dalam bidang hadith. 


    Beliau juga sempat mengambil manfaat ilmu tafsir daripada Sheikh Dr Fadhal Hassan Abbas, Sheikh Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi, Sheikh Abdullah al-Juyusyi dan lain-lain. Begitu juga dalam bidang fiqh beliau sempat mengambil manfaat ilmu dengan Sheikh Dr Uqlah Ibrahim, Sheikh Dr Asyraf Bani Kinanah, Sheikh Dr Mustafa al-Bugha disamping guru-guru di dalam bidang yang lain.


    KHIDMAT/BERTUGAS SEKARANG

    Sebaik pulang dari Jordan, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Syariah di al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd. Sehingga 2014, kemudian bertugas sebagai Eksekutif di NGO Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID). Pada tahun 2018, beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Jabatan Dakwah, Wakaf dan Zakat di Bank Muamalat, Malaysia. Kali terakhir adalah sebagai konsultan Penasihat bahagian kandungan, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang menerbitkan rancangan My#qurantime dan my#hadithtime di TV-AlHijrah.

    Sekarang, Beliau merupakan Pengasas Tadbir Insan Training & Consultancy disamping menjadi Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Koperasi Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA). Dalam masa yang sama merupakan Pensyarah Persijilan Talaqqi Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Pensyarah diploma Fiqh dan Usul Fiqh Interaktif Dakwah Tarbiyyah IDT Wangsa Maju

     

    MEDIA MASSA

    Beliau pernah diundang menjadi Panel jemputan Rancangan al-Fikrah TV1, Panel Tanyalah Ustaz TV3, Panel Pentas Dakwah, My#qurantime dan my#hadithtime di TV Al-Hijrah. Disamping pernah menjadi Panel Jemputan Radio Selangor FM, Suria FM, Salam FM, dan Bernama FM, Zayan FM.


    Menulis hampir 20 buah buku dalam perlbagai bidang Hadis, Biografi, hukum hakam dan buku yang berada di tangan penulis ini adalah buku yang ketiga bersama syarikat PTS.



    KANDUNGAN BUKU:













    Tajuk: 40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat
    ISBN: 978-967-481-634-6
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Mustafar Mohd Suki
    Tahun Terbitan: 2021
    Muka Surat: 182
    Halaman: Hitam Putih
    Format: Softcover
    Berat (kg): 0.28
    Dimensi (cm): 23 x 16 x 1



    BUKU-BUKU BERKAITAN



    Tajuk: Kisah-Kisah Tidak Sahih Di Meja Penceramah
    ISBN: 978-967-481-633-9
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Dzulkhairi Md Noor
    Tahun Terbitan: 2021
    Muka Surat: 336
    Halaman: Hitam Putih
    Format: Softcover
    Berat (kg): 0.73
    Dimensi (inch): 6"x9"


    Tajuk: Bolehkah Kita Mengubah Takdir?
    ISBN: 978-967-481-634-6
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Zahiruddin Mohd Zabidi
    Tahun Terbitan: 2021
    Muka Surat: 304
    Halaman: Hitam Putih
    Format: Softcover
    Berat (kg): 0.65
    Dimensi (inch): 6"x9"

    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    BUTIRAN PEMBELIAN

    Produk Kuantiti Harga (MYR)
    40 Sirah Popular Yang Diragui Berkenaan Nabi & Sahabat
    Kisah-kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah
    Bolehkah Kita Mengubah Takdir?
    JUMLAH

    Kos Penghantaran

    JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

    BUTIRAN PELANGGAN

    BUTIRAN PEMBAYARAN

    Sila lakukan bayaran berjumlah MYR ke akaun bank pilihan anda di bawah.

    • Anda mesti memasukkan emel ikramtrainingacademy@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
    • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
    PenamaIkram Training Academy
    No. Akaun562151430352
    Buka Maybank2u