[SET] 100% MUSLIMAH

[SET] 100% MUSLIMAH

Set 100% Muslimah

**************
Set "100% Muslimah" adalah sebuah kompilasi buku yang disediakan khas buat rujukan dan panduan para muslimah para era kini. Buku ini tidak dikhususkan hanya untuk peringkat usia yang tertentu, sebaliknya disediakan buat semua muslimah yang ada pada era milenial sekarang. Apa yang lebih menarik, set ini dipadankan dengan kotak yang cantik dan urban.

-----

Zikir dan Doa Muslimah Solehah 

-----

1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia

-----

Hijrah Muslimah Milenial

-----

99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah

-----


Empat buah buku yang di gabungkan dalam set 100% Muslimah ini diketuai oleh seorang tokoh terkenal dan layak dijadikan ikon muslimah di Malaysia, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa. 

Dua daripadanya, sememangnya adalah hasil daripada ustazah sendiri bersama tim. Manakala dua buah lagi adalah buku motivasi yang ditulis khas sebagai pesanan dan ketegasan buat para muslimah.

Menggunakan nilai 'mudah' dalam penulisan buku, maka setiap penulisan dalam keempat buah datang dalam bentuk lebih tersusun dengan beberapa terma yang senang difahami. Penyampaian yang ditulis semuanya terbahagi kepada beberapa elemen yang lengkap.


Bagaimana nak baca buku ini?


1) Mulakan dengan Motivasi Dalaman

Buku 'Hijrah Muslimah Milenial' menjadi asas dalam pembangunan jati diri muslimah milineal. Dengan kata kunci yang tertera pada tajuknya, buku ini dikupas kepentingan menjadikan 'hijrah' sebagai langkah pertama terpenting dalam hidup setiap orang. 


Tanpa hijrah, 1000 langkah lain yang difahami, tidak mampu membantu memberikan impak positif yang jelas dalam diri seorang muslimah. Buku 'Hijrah Muslimah Milenial' memberi 7 aspek utama yang boleh dicuba sebagai permulaan 'hijrah.' 


Dorongan yang disalurkan dalam buku, semuanya membantu penghasilan diri yang miliki minda positif, hati yang cekal, dan tubuh yang bersedia. 


2) Bertindak dengan Langkah  Bijak

Jika sudah jelas matlamat dan tujuan untuk melakukan perubahan dalam diri kearah yang lebih baik, teruskan pembacaan dengan buku '99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah'.


Buku kedua ini dikembangkan lagi dengan 99 pilihan tindakan yang mudah dan rasional untuk dilakukan. Matlamat yang besar perlu diikuti dengan tindakan kecil yang bijak. Cuba satu persatu langkah yang sesuai, dan hasilkan kesan yang bermanfaat pada diri. 


3) Mengamalkan Tip yang Merujuk kepada Rasululullah

Selain daripada melaksanakan tindakan positif secara kecil-kecilan pada diri, 'topup' diri dengan ilmu dengan menyelidiki ibrah di sebalik kajian hadith Rasulullah s.a.w. dalam buku seterusnya iaitu, '1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia di Dunia dan di Akhirat'. 


Buku '1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia' ini bukanlah sebarang buku yang biasa. Bukanlah buku yang sama dengan buku yang sebelumnya. Buku ini ditulis khas daripada kajian hadith-hadith baginda s.a.w. yang dipecahkan kepada 7 kategori utama dalam hidup seorang muslimah. 7 kategori tersebut ialah keluarga bahagia, seni komunikasi, gaya kepimpinan, teknik berhibur yang diredhai, cara solat secara tepat, mudah dan rajin, serta  menjaga diri kekal sihat dalaman dan luaran. 


Menarik lagi buku ini, ada 1000 tip praktikal yang boleh dilaksanakan selepas sahaja memahami konteks pesanan Rasulullah s.a.w. yang dikongsikan dalam buku. Malah tip-tip yang disediakan adalah bersifat semasa, berfakta dan senang dilaksana.


4) Berdoa dan Bertawakal dengan Doa-Doa Pilihan yang Dianjurkan

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku makbulkan." Menjadikan ayat 60, Surah Al-Hasyr sebagai pegangan, terdapat doa-doa pilihan yang dikumpulkan dalam buku ini, 'Zikir dan Doa Muslimah Solehah'.

Doa yang dikongsikan adalah doa yang muktabar dan masyhur khusus dikategorikan buat Muslimah. 



**************

Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempurna lengkap semua aspek seperti intelektual, spiritual, dan juga aspek emosional pada zaman milenial ini. Muslimah milenial yang disebutkan, tidak terhad kepada muslimah yang masih belia dan mereka yang bergelar generasi Z sahaja. Sebaliknya, semua muslimah yang masih wujud mengisi keindahan alam milenial ini.

Zaman milenial yang indah dan canggih ini bukan sahaja menjadikan golongan ini semakin disayangi dan disanjung, malah juga membawa dan membuka pintu fitnah yang lebih besar berbanding sebelumnya. Justeru itu, Set 100% Muslimah ini diwujudkan sebagai panduan dan menjadi teman penyelamat kepada semua muslimah di luar sana.

Mudah-mudahan sebuah set ini dapat melahirkan lebih ramai lagi muslimah yang kuat, hebat, cantik, bahagia dan sejahtera intelektual, spiritual serta emosional di Malaysia ini.



PENULIS BUKU INI ADALAH:

Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa


Ustazah Norhafizah Musa atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Cik mendapat pendidikan pada peringkat Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Seterusnya beliau menyambung pengajian pada peringkat sarjana dan PhD di Universiti Malaya di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. 


Ustazah Norhafizah Musa bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Kemahiran khusus beliau adalah Psikoterapi Dakwah dan Pembangunan Insan. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Dr. Azahar Yaakub dan dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata. Penglibatan beliau dalam dunia dakwah bermula sejak kepulangannya dari Jordan lagi. Kini beliau merupakan penulis buku, kolumnis majalah, panel tetap slot Usrati di ikim fm, panel program Tanyalah Ustazah TV9, Halaqah TV9, Al-Hidayah TV3, Forum Rerdana TV1, dan lain-lain program penerbitan bersifat keagamaan.


Selain aktif di radio dan televisyen Ustazah Norhafizah Musa merupakan master trainer (pembimbing pelatihan) untuk konsultan Daraini Management Academy dan master trainer untuk Syarikat Airborne Discovery Sdn. Bhd. Beliau telah mengasaskan banyak modul dalam pelatihan untuk remaja, wanita, dan korporat.




Abu Ayyub El-Faruqi

Abu Ayyub El-Faruqi adalah seorang pendakwah, motivator dan penulis terkenal di Indonesia.

Beliau lulus program Pasca Sarjana Majister Studi Islam dalam bidang Ekonomi di Universitas Islam Indonesia

pada tahun 2008. Beliau juga adalah seorang pensyarah di beberapa kampus

di Indonesia.

Kini, giat menjalankan bengkel dan kelas penulisan, sehingga berjaya membangunkan sebuah kelas khas yang diberi nama, Pesantren Penulis (Trenlis).


Ririn Rahayu & Nani Latifah

Ririn Rahayu atau lebih dikenali sebagai Ibu Ririn adalah seorang penulis yang aktif di Indonesia. Karya 'Hijrah Muslimah Milenial' adalah karya pertama beliau di Malaysia. 

Nani Latifah atau lebih dikenali di Indonesia sebagai Ratnani Latifah. Beliau juga merupakan seorang penulis yang aktif di sana. Sudah menerbitkan banyak karya yang bermotifkan dakwah dan self-hekp. Karya 'Hijrah Muslimah Milenial' adalah karya pertama beliau di Malaysia. 

Selain aktif sebagai penulis, mereka juga aktif dalam bidang dakwah, pendidikan Islam dan kem penulisan.


Muyassaroh

Muyassaroh bukan sahaja aktif sebagai seorang pendakwah melalui tulisan, beliau juga aktif mendakwah melalui lukisan. 

Beliau adalah seorang penulis yang berasal daripada Indonesia. Kompilasi 99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah adalah kajian yang dilakukan sendiri melalui pembacaan, pengalaman dan pembuktian sekeliling.




Tim Penulis PTS

Tim Penulis PTS adalah sebuah pasukan yang ditubuhkan khas untuk menghasilkan siri unik, Siri 200 Tip dan Gaya Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, mereka yang dipilih adalah dalam kalangan yang pakar dan mahir dalam pembelajaran hadith dan mengambil istifadah daripadanya. 


Tim Penulis PTS ini terdiri daripada lapan orang individu yang berbeza untuk setiap buku. Individu yang dihirmati berikut adalah; Muhammad Syafiq Mohd Yusof, Muhammad Hishyamuddin Yahya, Nur Kamilia Naaimah Nordin, Noor Ainil Munirah Faizol, Tengku Zahirul, Siti Khadijah Muhamad Radzi, Nor Aniza Azeri dan Nur Hanan Mardhiah.


Selain aktif sebagai penulis, mereka juga akif dalam bidang dakwah, pendidikan Islam dan juga perniagaan Muslim dan Muslimah yang berjaya.

*************





KANDUNGAN BUKU:




 















































**************



DAPATKAN BUKU INI SEGERA!








**************

SET KOMBO SIRI INI


TajukHijrah Muslimah Milenial
ISBN: 978-967-481-604-9
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Ririn Rahayu, Nani Latifah
Terjemahan: Nor Fatin Amira Salleh
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 282
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.3
Dimensi (cm): 19.2cm x 13.5cm x 2.1cm

Tajuk99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah
ISBN: 978-967-481-605-6
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Muyassaroh Zuhri
Terjemahan: Zulaikha Adam
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 572
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.59
Dimensi (cm): 19.2cm x 13.5cm x 4.4cm

Tajuk1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia di Dunia dan Akhirat
ISBN: 978-967-481-602-5
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Tim Penulis PTS
Terjemahan: Nor Fatin Amira Salleh
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 467
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.49
Dimensi (cm): 19.2cm x 13.5cm x 3.6cm

TajukZikir dan Doa Muslimah Solehah
ISBN: 978-967-481-602-5
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Abu Ayyub El-Faruqi, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa
Terjemahan: Siti Khadijah Muhamad Radzi 
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 196
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.23
Dimensi (cm): 19.2cm x 13.5cm x 1.7cm









Bagi Tuan/Puan yang mempunyai masalah semasa pembelian atau lebih selesa berhubung secara terus dengan pegawai kami, sila klik link di bawah:







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (MYR)
Set 100% Muslimah
Hijrah Muslimah Milenial
99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah
Zikir dan Doa Muslimah Solehah
1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia Dunia dan Akhirat
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah MYR ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel ikramtrainingacademy@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaIkram Training Academy
No. Akaun562151430352
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN


Maklumat Ejen Affiliate

norhakim
Mohd Nor Hakim