Set Cinta Rasulullah

Set Cinta Rasulullah



KOLEKSI BUKU SIRAH RASULULLAH S.A.W
TERBITAN PTS

**************
Rasulullah ikutan  sepanjang zaman.
Baginda adalah seorang insan yang  terpuji dan paling mulia   diantara kesemua makhluk yang ada di dunia ini.
Justeru itu, bagi mereka yang beriman, kerinduan dan kecintaan mereka kepada Rasulullah tidak akan pernah kurang walau sediki t sekalipun tidak pernah bersua muka dengan baginda.

"Tiadalah seorang insan yang berhak diikuti dan dirindui sepanjang zaman melainkan seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah"

Oleh itu, bagi mengubati rasa rindu dan cinta kepada baginda, tidaklah lain dengan membaca sirah-sirah baginda selain daripada sentiasa berselawat dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda



**************
AR-RAHIQ AL-MAKHTUM


Di tengah-tengah masyarakat Arab yang sedang bergelumang dengan amalan yang menyimpang daripada ajaran Tuhan, lahir seorang manusia paling sempurna di atas muka Mekah. Muhammad bin Abdullah s.a.w., Rasul Allah yang mulia. Sebaik-baik kejadian manusia. Keperibadian Baginda adalah Al-Quran, kitab Allah yang sempurna.

Karya tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w (perkataan, perbuatan, dan akhlak Baginda) ini dikarang oleh Syeikh Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri dari Universiti As-Salafiyyah, India. Karya ini diangkat sebagai johan dalam pertandingan antarabangsa mencipta buku sirah Nabi Muhammad s.a.w. anjuran badan kebajikan Islam, Rabitah Al-Alam Al-Islami di Persidangan Islam Asia Pertama pada tahun 1978.

Berlandaskan kecintaan beliau terhadap Baginda s.a.w., biografi lengkap ini ditulis dengan hasil kajian terperinci daripada sumber yang sahih sahaja. Melalui penulisan yang lengkap dan padat, penulis membawa pembaca merasai sendiri setiap momen kehidupan Rasulullah s.a.w. Daripada detik kelahiran, perjalanan kehidupan Baginda, fasa penyebaran dakwah, fasa hijrah ke Madinah, perihal peperangan, fasa perjanjian damai, sehingga detik terakhir Baginda s.a.w. bersama umatnya dan alam dunia.

Rahiq Makhtum, sebuah berkongsian tentang diri seorang Rasul Allah s.a.w. daripada seorang umat yang mengharap pengampunan daripada Allah s.w.t. dan syafaat daripada nabi-Nya.





Tajuk:  Ar-Rahiq Al-Makhtum
ISBN: 978-967-481-348-2
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri
Tahun Terbitan: Cetakan Kedua, 2021
Muka Surat: 1,028
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 1.48
Dimensi (cm): 23.6 x 17 x 5.5
Harga : RM 90


**************
AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH


Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah adalah kitab hadith yang disusun oleh Imam Tirmidzi yang khusus membahaskan kehidupan seharian Nabi Muhammad s.a.w., mulai dari bentuk mata, tinggi, wajah, cara berjalan, cara minum, dan sebagainya.


Dengan membaca kitab ini, kita dapat mengenali Nabi Muhammad s.a.w. dengan lebih dekat serta menghayati kehidupan seharian baginda.


Walaupun kita tidak pernah mengenali dan melihat baginda, kitab ini membuatkan kita terasa dekat seperti melihat baginda di hadapan mata kita berlandastkan hujah dan dalil yang sahih yang dihuraikan oleh Imam Tirmidzi.






Tajuk:  As-Syamail Al-Muhammadiyah (Hardcover)
ISBN: 978-967-481-593-6
Penerbit: PTS Publishing
Penulis: Imam At-Tirmidzi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 496
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.8
Dimensi (cm): 23 x 16 x 3
Harga : RM 49


**************
BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH


Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.

Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.

Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.

Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.

Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.

Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.





Tajuk: Biografi Muhammad Bin Abdullah
ISBN: 978-967-481-536-3
Penerbit: PTS
Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 480
Halaman:Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.65
Dimensi (cm): 22.8cm x 15.3cm x 2.4cm
Harga : RM 30


**************
THE AMAZING RASULULLAH 1



Setiap orang Islam adalah pembawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Siapa pun dia, di mana pun tempatnya berada, apa pun pekerjaannya, adalah pembawa risalah.
Kita bukan hanya perlu mengamalkan agama Islam yang kita anuti, tetapi juga perlu menyebarkannya kepada orang di sekitar kita dan contoh paling baik untuk semua itu ada pada Rasulullah s.a.w.
Di situlah pentingnya kita mempelajari setiap sisi kehidupan Rasulullah s.a.w. dengan mendalam.
Ada banyak permata berharga yang dapat kita petik darinya.
Mengenali Baginda adalah salah satu bukti tanda cinta kita kepada Baginda, untuk semua itu, ada pada Rasulullah s.a.w.
Lebih daripada itu, generasi Islam adalah generasi yang akan membangkitkan peradaban manusia yang sudah semakin rosak ini.
Hanya generasi yang memiliki bekal terbaik dapat menjalankan misinya dan bekal itu adalah Islam.
Tidak mungkin seseorang memahami Islam, sekiranya tidak memahami kisah kehidupan Rasulullah s.a.w.. Inilah pentingnya generasi Islam memahami Sirah Nabawiyah.




Tajuk: The Amazing Rasulullah 1
ISBN:  978-967-481-479-3
Penerbit: PTS
Tahun Terbitan: 2020
Penulis: Sayf Muhammad Isa
Muka Surat: 220
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.31
Dimensi (cm): 22.8cm x 15.3cm x 2.4cm
Harga : RM 25




**************
THE AMAZING RASULULLAH 2


The Amazing Rasulullah SAW - Sejak Hijrah ke Madinah hingga Pulang ke Hadrat Allah

"Manusia mulia itu sudah wafat. Kita akan berasa sedih apabila membaca kisah Baginda di dalam buku ini. Kerana sehingga pada saat-saat akhir sebelum wafat, apa yang difikirkan adalah mengenai kita, umatnya." Dicky Kentsela, (Pemilik Ghazi Publishing)

Bagaimanakah karakter Muslim sejati? Jawapannya hanya satu, seperti karakter Baginda Rasulullah SAW. Hadirnya seseorang yang menjadi contoh tauldan amatlah penting. Kerana ada banyak ideologi di luar sana, yang tidak memiliki contoh untuk diikuti, kemudian menjadikan para pengikut ideologi itu berpecah belah dan akhirnya sesat. 

Karakter baginda amat penting, kerana di saat kita hendak mengetahui yang mana ajaran Islam yang benar, kita hanya perlu merujuk kepada penjelasan para ulama yang bersumber dari amal perbuatan yang pernah Baginda lakukan.

Di sinilah kepentingan generasi Islam menyelami kembali perjalanan hidup dan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi ada banyak kisah hidup Baginda  yang menakjubkan yang akan menjadi lautan hikmah yang tiada batasnya bagi kita. Buku ini akan mengungkap sedikit sahaja dari kisah-kisah yang menakjubkan tadi.





Tajuk: The Amazing Rasulullah 2
ISBN:978-967-481-575-2
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Sayf Muhammad Isa
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 296
Halaman:Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.390
Dimensi (cm): 22.9cm x  15.3cm x 1.3cm
Harga : RM 25






################

Bagi Tuan/Puan yang mempunyai masalah semasa pembelian atau lebih selesa berhubung secara terus dengan pegawai kami, sila klik link di bawah:







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (MYR)
Kitab Lengkap Sirah Rasulullah SAW (Ar-Rahiq Al-Makhtum)
As-Syamail Al-Muhammadiyah
Biografi Muhammad Bin Abdullah
The Amazing Rasulullah 2
The Amazing Rasulullah 1
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah MYR ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel ikramtrainingacademy@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaIkram Training Academy
No. Akaun562151430352
Buka Maybank2u  


Maklumat Ejen Affiliate

clickhere
Muhamad Anuar