(Panas Dari Kilang) Lead Like Muhammad

(Panas Dari Kilang) Lead Like Muhammad
LEAD LIKE MUHAMMAD
**************
Buku ini menjadi panduan yang sangat berguna kepada:
- Orang Bisnes
- Ketua Organisasi
- Pemimpin Syarikat
- Dan Semua Pemimpin Mahupun yang Dipimpin


Di dalam buku ini, dibahaskan
36
Bab Aplikasi Hadith Psikologi
untuk menjadi
KETUA YANG BERPENGARUH

**************
SINOPSIS



Buku ini adalah sebuah buku manual atau panduan kerja. Dalam bahasa mudah, buku ini adalah how-to. Buku ini ditulis khusus untuk kegunaan semua pemimpin dan ketua, baik yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam. Ilmu kepimpinan yang diterangkan dalam buku ini digali dari hadis-hadis yang sahih.

Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, yakni bukan hanya kepada umat Islam sahaja. Banyak ilmu-ilmu kepimpinan yang beliau sampaikan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga oleh orang-orang bukan Islam.

Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadis-hadis yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi.


Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:


Kategori 1:

Ilmu kepimpinan untuk aplikasi pemimpin Islam.

Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi sebagai pemimpin yang beragama Islam. Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja. Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan amalan-amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini. Justeru, buku-buku tradisional itu hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-ketua yang beragama Islam sahaja.


Kategori 2:

Ilmu kepimpinan untuk semua manusia.

Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman dan akidah Islam.



Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada kepercayaan spiritual. Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP itu. Orang-orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali.

Andainya seseorang pemimpin dan ketua itu hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori universal ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara efektif. 


Buku ini tidak menyatakan teks asal hadis dalam bahasa arab, ia hanya menyatakan terjemahan hadis sebagai rujukan analisis. Begitu juga sumber hadis dinyatakan secara umum.


Bagi pembaca yang ingin merujuk kepada teks asal hadis, terjemahan lengkap dan sumber hadis secara lengkap, pembaca boleh mengimbas Kod QR yang disediakan. Pdf lengkap dapat dimuat turun bagi rujukan pembaca.



**************
KANDUNGAN






BAB 1

Nabi Berpura-Pura Tidak Nampak Kesalahan Disiplin Kerja Anak Buahnya 

BAB 2

Nabi Tidak Menghukum Pemaksiat 

BAB 3

Siapa Sangka Rupa-Rupanya Nabi Mengamalkan Prinsip Double Standard 

BAB 4

Ciri-Ciri Perbuatan dan Tingkah Laku yang Nabi Tegur Secara Terbuka 

BAB 5

Beginilah Cara Nabi Mendorong Anak Buahnya Supaya Mereka Berani Bercakap dan Mengemukakan Idea 

BAB 6

Lihatlah Bagaimana Nabi Suka Apabila Dihiburkan oleh Pendosa Besar 

BAB 7

Bagi Mendorong Orang Supaya Lakukan yang Betul , Nabi Tidak Tunjukkan Contoh Perbuatan yang Salah 

BAB 8

Lebih Seribu Tahun Dahulu Nabi Sudah Menunjukkan Cara yang Betul Menjalankan Sesi Brainstorming 

BAB 9

Beginilah Cara Nabi Masuk Campur Dalam Urusan Peribadi Anak-Anak Buahnya 

BAB 10

Nabi Tidak Menerangkan Alasan di Sebalik Dasar dan Peraturan yang Dilaksanakannya 

BAB 11

Nabi Tidak Memuji Sumbangan Anak Buah yang Berstatus Tinggi 

BAB 12

Beginilah Cara Nabi Memuji Pekerjaan Orang Kecil 

BAB 13

Beginilah Caranya Nabi Menerima Aduan dan Rungutan daripada Anak Buahnya 

BAB 14

Beginilah Cara Nabi Respons Apabila Anak Buah Tidak Mahu Melaksanakan Suruhannya 

BAB 15

Beginilah Caranya Nabi Mendorong Anak Muda Menjadi Individu Cemerlang 

BAB 16

Cara Membetulkan Kesalahan Anak Buah yang Masih Sangat Bodoh

BAB 17

Nabi Tidak Menasihati Orang Muda yang Buruk Akhlaknya 

BAB 18

Lihatlah Bagaimana Tingginya Toleransi Nabi Terhadap Perbezaan Pendapat 

BAB 19

Beginilah Cara Nabi Memberi Kaunseling Kepada Seseorang yang Menghadapi Banyak Masalah Peribadi 

BAB 20

Apabila Nabi Membuat Keputusan dan Mengeluarkan Arahan beliau Tidak Memberi Alasan 

BAB 21

Baginilah Cara Nabi Memisahkan Tugas Mencipta Idea dan Tugas Melaksanakan Idea 

BAB 22

Beginilah Cara Nabi Memberi Kaunseling Kepada Janda Talak Tiga yang Menjadi Rebutan Tiga Lelaki 

BAB 23

Mudahnya Cara Nabi Menurunkan Tugas, Tanggungjawab, dan Kuasa Membuat Keputusan Kepada Orang Bawahannya 

BAB 24

Cara Betul Mengeluarkan Arahan Kerja Kepada Orang Bawahan 

BAB 25

Kriteria Nabi Melantik Ketua Pasukan 

BAB 26

Beginilah Cara Nabi Memberi Label Positif Sebagai Ganjaran 

BAB 27

Beginilah Cara Nabi Mengajak Orang Pandai Melakukan Amalan Baik 

BAB 28

Beginilah Cara Betul Ketua Melayan Aduan daripada Anak Buah Yang Tidak Puas Hati 

BAB 29

Nabi Bersangka Baik Terhadap Pendosa 

BAB 30

Nabi Menunjukkan Permintaan yang Ketua Boleh Minta daripada Anak Buahnya 

BAB 31

Beginilah Cara Bagaimana Orang-Orang Baik Boleh Menolong Kerja-Kerja Syaitan 

BAB 32

Beginilah Strategi Nabi Mendamaikan Dua VVIP yang Berkonflik

BAB 33

Beginilah Cara Nabi Mendorong Anak Buahnya Melakukan Kebaikan Untuk Orang Lain 

BAB 34

Nabi Tidak Menegur Orang Yang Melakukan Kesilapan 

BAB 35

Inilah yang Nabi Lakukan Kepada Anak Buahnya yang Marah-Marah kepada Alat Kerjanya 

BAB 36

Nabi Tidak Memuji Idea Ciptaan Orang Besar



**************
PENULIS



AINON MOHD

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia.

Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.


**************
SPESIFIKASI




Tajuk: LEAD LIKE MUHAMMAD
ISBN: 978-967-369-571-3
Penerbit: PTS 
Penulis: Ainon Mohd
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 400
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.500
Dimensi (cm):  22.7 x 15.2 x 1.2
Harga : RM 35

TARIKH JANGKA TERBIT :
21 OGOS 2021



**************
BUKU LAIN YANG BERKAITAN




Tajuk: SENI BERFIKIR KREATIF UNTUK BISNES DAN HIDUP
ISBN: 978-967-481-473-1
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Ainon Mohd & Zamri Mohamad
Tahun Terbitan: Terbitan Pertama, 2020
Muka Surat: 264
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.55
Dimensi (cm): 19. x 12.8 x 0.7
Harga : RM 22

Tajuk: KOD KEPIMPINAN PEREMPUAN
ISBN: 978-967-369-557-7
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd
Penulis: Suhaili Ikhsan, Azzah AR & Nurhidayah Jaafar
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 168
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.44
Dimensi (cm): 19.3 x 13.5 x 1.0
Harga : RM 24

Tajuk: THE ART OF STORYTELLING
ISBN: 978-967-369-573-7
Penerbit: Open Bridge Sdn Bhd
Penulis: Hamid Addin
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat:224
Halaman: Berwarna
Format: Softcover 
Berat (kg):0.51
Dimensi (cm): 22.9x15.2x0.8
Harga : RM 35







################

Bagi Tuan/Puan yang mempunyai masalah semasa pembelian atau lebih selesa berhubung secara terus dengan pegawai kami, sila klik link di bawah:


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (MYR)
Lead Like Muhammad
Seni Berfikir Kreatif untuk Bisnes dan Hidup
Kod Kepimpinan Perempuan
The Art of Storytelling
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah MYR ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel ikramtrainingacademy@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaIkram Training Academy
No. Akaun562151430352
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN