[PANAS DARI KILANG] Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian

[PANAS DARI KILANG] Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian



KOMPAS HIDUP BERSYARIAT: 300 APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Apabila disebutkan ilmu fiqh dan usul fiqh, pasti tidak asing di telinga masyarakat kerana begitu banyak pendedahan sesuai dengan pemahaman asas dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Namun, ia berbeza pula dengan Kaedah Fiqh atau juga disebut sebagai Qawa'id Fiqhiyyah. Apa itu Kaedah Fiqh?



Kaedah Fiqh adalah salah sebuah cabang ilmu dalam pensyariatan dan perundangan Islam yang juga penting dan digunakan oleh para mufti dalam penentuan dan penetapan hukum dalam fiqh. 

Fungsi Kaedah Fiqh adalah  dijadikan pengikat kepada hukum-hukum, iaitu sah, batal, haram, makruh, harus, sunat dan wajib. Kaedah Fiqh menjadi salah sebuah ilmu yang penting kerana ciri-cirinya yang berikut:


    • Menggunakan istilah yang ringkas tetapi padat
    • Di bawah kaedah yang sedikit, terkumpul begitu banyak cabang furu'
    • Memudahkan setiap ahlinya mengingati semua jenis masalah kerana kaedah-kaedah ini adalah asasnya


    Oleh kerana ciri-ciri tersebut, Kaedah Fiqh sesuai dinamakan sebagai kompas dalam kehidupan bersyariat seorang muslim.


    Keistimewaan buku ini?


    Bagi menyampaikan kefahaman dan ilmu Kaedah Fiqh ini kepada masyarakat sebagai pengetahuan, ada beberapa keistimewaan dibuat khas dalam buku ini. Antaranya adalah: 


    Keistimewaan PERTAMA: Ditulis dalam Bahasa Melayu


    Keistimewaan KEDUA : Penerangan awal mengenai Ilmu Qawa'id Fiqh yang lengkap, daripada A sampai Z. Ada penjelasan maksud, pengenalan kaedah satu persatu dan juga sejarahnya




    Keistimewaan KETIGA: Ada 300 aplikasi dalam pelbagai aspek kehidupan yang boleh difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Antaranya dalam aspek Ibadah, jenayah, mualamat, perubatan, munakahat, sumpah, persaksian, pusaka, pentadbiran, manasik, penyusuan, wasiat, taharah, nafkah, pemerintahan, rampasan, ganti rugi, kejiranan, pemburuan, fiqh OKU, sembelihan, wadiah, akidah, dakwah, sukan, dll.




    Keistimewaan KEEMPAT: Ditampilkan dalam halaman berwarna sepenuhnya


    Keistimewaan KELIMA: Persembahan buku yang menarik dan penuh carta dan grafik 

    • Ada peta ringkas bagi pemahaman di awal bab

    Keistimewaan KEENAM: Harga berpatutan


    Berdasarkan kriteria khas yang ditampilkan pada naskhah kali ini, sesuai dengan aspirasi penerbit dan penulis agar ia dapat dijadikan bahan bacaan ilmiah buat:

    • Masyarakat awam di kelas pengajian agama
    • Dan kegunaan rujukan bagi pelajar di insitusi pengajian




    Apakah Kelebihan Mempelajari Kaedah Fiqh?


    • Sesungguhnya ilmu Allah begitu luas, malah begitu indah dunia dicipta dengan perundangannya sekali. Dengan mempelajari Ilmu Kaedah Fiqh, kita dapat menyelami dengan lebih mendalam mengenai bagaimana sesebuah hukum ditentukan dalam Islam. 


    ***********

    PENULIS BUKU INI ADALAH:




      MUHAMMAD HANIEF AWANG YAHAYA atau dikenali sebagai Maulana Hanief Awang Yahaya adalah seorang penceramah dan pendakwah yang berasal dari Kelantan Darul Naim.

      Beliau dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan pada 1976. Menerima pendidikan awal di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu Kelantan. Menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Syariah, dengan pengkhususan Fiqh dan Usul.

      Kemudian menyambung pengajian secara Talaqqi di Jamiah Faroqiah Karachi, Pakistan dan juga Pengajian Tafsir Jamiah Makhzan Ulum di Khanpur, Pakistan. Beliau menyambung pengajian hadis secara Talaqqi di Darul Kautsar. Sekarang bertugas di Darul Kautsar, sebagai guru kanan dalam bidang hadis dan ulum hadis. Aktif menyampaikan kuliah di masjid terutamanya Tafsir dan Tadabbur Al-Qur’an dan kitab-kitab hadis. Antara hasil karya ialah terjemahan dan syarahan kitab al-Fiqh Al-Akbar Imam Abu Hanifah, Qawaid Fiqhiyyah Kuliyyah dan terjemahan Taysir Mustalah Hadis.

      Kini, beliau masih aktif berceramah dan memberi kuliah di masjid dan platform media sosial. Karya 'Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian' adalah karya pertama beliau bersama PTS Media Group. 


      INFO BUKU:




      KOMPAS HIDUP BERSYARIAT: 300 APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
      ISBN: 978-967-481-685-8
      Penerbit: PTS Publishing House
      Penulis: Muhammad Hanief Awang Yahaya
      Tahun Terbitan: 2021
      Muka Surat: 432
      Halaman: Berwarna
      Format: Softcover
      Berat (kg): 0.7
      Dimensi (cm): 22.8 x 15 x 2.5
      Harga: RM42.00


      **************



      DAPATKAN NASKAH INI DAN KENALI KAEDAH FIQH:







      BUKU YANG BERKAITAN:








      Klik Link di bawah untuk membuat pembelian :



      Bagi Tuan/Puan yang mempunyai masalah semasa pembelian atau lebih selesa berhubung secara terus dengan pegawai kami, sila klik link di bawah:


      Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

      Ruangan yang wajib diisi

      BUTIRAN PEMBELIAN

      Produk Kuantiti Harga (MYR)
      Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian
      Kombo Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian + Set A (Buku Kategori Syariah)
      Kombo Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian + Set B (Buku Kategori Akidah)
      Kombo Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian + Set C (Buku Kategori Akhlak)
      Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat (Edisi Kemas Kini)
      Bimbingan Lengkap Solat Sunat (Edisi Kemas Kini)
      Fahami Bacaan Dalam Solatmu (Edisi Kemas Kini)
      Panduan Solat Praktikal Untuk Lelaki
      Panduan Solat Praktikal Untuk Perempuan
      Hikmah Akhlak Islam: Rahmatnya kepada Muslim dan Non-Muslim
      Sifat 20. Sejarah dan Kupasan Pendekatan Akidah
      JUMLAH

      Kos Penghantaran

      Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
      Pelarasan Penggenapan
      JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
      Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

      BUTIRAN PELANGGAN

      BUTIRAN PEMBAYARAN

      Sila lakukan bayaran berjumlah MYR ke akaun bank pilihan anda di bawah.

      • Anda mesti memasukkan emel ikramtrainingacademy@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
      • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
      PenamaIkram Training Academy
      No. Akaun562151430352
      Buka Maybank2u