[PANAS DARI KILANG] Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian
Apabila disebutkan ilmu fiqh dan usul fiqh, pasti tidak asing di telinga masyarakat kerana begitu banyak pendedahan sesuai dengan pemahaman asas dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Namun, ia berbeza pula dengan Kaedah Fiqh atau juga disebut sebagai Qawa'id Fiqhiyyah. Apa itu Kaedah Fiqh?
Kaedah Fiqh adalah salah sebuah cabang ilmu dalam pensyariatan dan perundangan Islam yang juga penting dan digunakan oleh para mufti dalam penentuan dan penetapan hukum dalam fiqh.
Fungsi Kaedah Fiqh adalah dijadikan pengikat kepada hukum-hukum, iaitu sah, batal, haram, makruh, harus, sunat dan wajib. Kaedah Fiqh menjadi salah sebuah ilmu yang penting kerana ciri-cirinya yang berikut:
- Menggunakan istilah yang ringkas tetapi padat
- Di bawah kaedah yang sedikit, terkumpul begitu banyak cabang furu'
- Memudahkan setiap ahlinya mengingati semua jenis masalah kerana kaedah-kaedah ini adalah asasnya
Oleh kerana ciri-ciri tersebut, Kaedah Fiqh sesuai dinamakan sebagai kompas dalam kehidupan bersyariat seorang muslim.
***********
Keistimewaan buku ini?
Bagi menyampaikan kefahaman dan ilmu Kaedah Fiqh ini kepada masyarakat sebagai pengetahuan, ada beberapa keistimewaan dibuat khas dalam buku ini. Antaranya adalah:
Keistimewaan PERTAMA: Ditulis dalam Bahasa Melayu
Keistimewaan KEDUA : Penerangan awal mengenai Ilmu Qawa'id Fiqh yang lengkap, daripada A sampai Z. Ada penjelasan maksud, pengenalan kaedah satu persatu dan juga sejarahnya
Keistimewaan KETIGA: Ada 300 aplikasi dalam pelbagai aspek kehidupan yang boleh difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Antaranya dalam aspek Ibadah, jenayah, mualamat, perubatan, munakahat, sumpah, persaksian, pusaka, pentadbiran, manasik, penyusuan, wasiat, taharah, nafkah, pemerintahan, rampasan, ganti rugi, kejiranan, pemburuan, fiqh OKU, sembelihan, wadiah, akidah, dakwah, sukan, dll.
Keistimewaan KEEMPAT: Ditampilkan dalam halaman berwarna sepenuhnya
Keistimewaan KELIMA: Persembahan buku yang menarik dan penuh carta dan grafik
- Ada peta ringkas bagi pemahaman di awal bab
Keistimewaan KEENAM: Harga berpatutan
Berdasarkan kriteria khas yang ditampilkan pada naskhah kali ini, sesuai dengan aspirasi penerbit dan penulis agar ia dapat dijadikan bahan bacaan ilmiah buat:
- Masyarakat awam di kelas pengajian agama
- Dan kegunaan rujukan bagi pelajar di insitusi pengajian
***********
Apakah Kelebihan Mempelajari Kaedah Fiqh?
- Sesungguhnya ilmu Allah begitu luas, malah begitu indah dunia dicipta dengan perundangannya sekali. Dengan mempelajari Ilmu Kaedah Fiqh, kita dapat menyelami dengan lebih mendalam mengenai bagaimana sesebuah hukum ditentukan dalam Islam.
***********
PENULIS BUKU INI ADALAH:
Beliau dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan pada 1976. Menerima pendidikan awal di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu Kelantan. Menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Syariah, dengan pengkhususan Fiqh dan Usul.
Kemudian menyambung pengajian secara Talaqqi di Jamiah Faroqiah Karachi, Pakistan dan juga Pengajian Tafsir Jamiah Makhzan Ulum di Khanpur, Pakistan. Beliau menyambung pengajian hadis secara Talaqqi di Darul Kautsar. Sekarang bertugas di Darul Kautsar, sebagai guru kanan dalam bidang hadis dan ulum hadis. Aktif menyampaikan kuliah di masjid terutamanya Tafsir dan Tadabbur Al-Qur’an dan kitab-kitab hadis. Antara hasil karya ialah terjemahan dan syarahan kitab al-Fiqh Al-Akbar Imam Abu Hanifah, Qawaid Fiqhiyyah Kuliyyah dan terjemahan Taysir Mustalah Hadis.
Kini, beliau masih aktif berceramah dan memberi kuliah di masjid dan platform media sosial. Karya 'Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian' adalah karya pertama beliau bersama PTS Media Group.
*************
INFO BUKU:
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Muhammad Hanief Awang Yahaya
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 432
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.7
Dimensi (cm): 22.8 x 15 x 2.5