Israiliyat, Hadith Maudu' dan Fitnah Sirah di Alam Melayu
Isrā’īliyyāt, Ḥadīth Mawḍū‘ & Fitnah Sīrah di Alam Melayu
Ibarat sebatang sungai yang sudah mengalir selama 1400 tahun lebih,
bermula dari hulunya yang suci bersih-bebas dari segala kekotoran,
tetapi apabila semakin sampai ke hujung muara,
segala sampah-sarap sepanjang sungai dibawa bersama ke muara yang,
kini kita sedang berada di sana.
Begitu juga Islam, dari awal zaman terbaik yang terjaga ketulenan dan kesuciannya,
namun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
pencemaran, keracunan dan kerancuan muncul sama ada dari luar atau dalam Islam sendiri
menyebabkan pemahaman dan pelaksanaan Islam
sama ada dalam urusan ʿaqīdah, ʿibādah dan muʿāmalah
semakin jauh dari sifat tulennya yang suci murni.
Naskhah ini menghujahkan -
antara punca kerancuan pemikiran beragama orang Islam-Melayu-Nusantara
ada pada fakta sejarah awal perkembangan Islam dan tradisi penulisan karya-karya berkaitan Islam di Alam Melayu.
Ia bermula daripada metodologi penulisan Sastera Hikayat Berunsur Islam, Sastera Kitab, Sastera Ketatanegaraan dan seumpama dengannya pasca Islam berkembang di Nusantara.
Ini adalah disebabkan penulisan karya-karya tersebut
tidak menjadikan disiplin yang sudah digarispandukan oleh para ulama Islam
sejurus kewafatan Rasulullah s.a.w. sebagai metodologi penyebaran maklumat berkaitan Islam.
Ringkasnya, proses tersebut tidak melalui kerangka dan disiplin ilmu Riwāyah dan Dirāyah.
Ini menyebabkan:
semenjak Islam menapak di Alam Melayu sehingga saat ini, riwayat Isrā’īliyyāt, Ḥadīth Mawḍūʿ, dan Fitnah Sīrah yang ditularkan buat sekian lama masih subur malah dianggap Ṣaḥīḥ oleh sebahagian besar umat ini!
Persoalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang;
siapakah Tuhan mereka dan
apakah hakikat Tuhan itu sendiri?
Selain itu, soalan seperti,
“Dari mana kita wujud?”,
“Mengapa kita wujud?”, dan
“Ke manakah kita selepas kewujudan ini?” merupakan soalan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerimanya wahyunya yang pertama.
Soalan-soalan tersebut tidak mampu sewenang-wenangnya dijawab hatta oleh ahli fikir yang agung sekalipun.
Sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Sang Pencipta mereka yang berkomunikasi dan menyampaikan watikah-watikah khas melalui pengantara untuk mengingatkan hakikat keberadaan dan kewujudan mereka atas muka bumi ini, ia adalah kesengajaan Sang Pencipta sebagai ujian untuk mengetahui hamba-Nya yang mana patuh dan taat serta sebaliknya. Tujuannya apa? Tiada lain melainkan untuk menunjukkan kemahakuasaan-Nya semata-mata.
Tuhan yang menciptakan segala makhluk menjadikan kepercayaan kepada kewujudan-Nya sebagai ujian iman yang paling besar kepada makhluk yang ditaklifkan iaitu manusia dan jin. Selain daripada keduanya tiada beban tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak di akhirat, ia adalah kemuliaan sekali gus adalah beban yang maha berat.
PENULIS BUKU INI ADALAH:
Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi\
Beliau bersekolah di SJK (C) Yuk Tse, Kelaboran, Tumpat. Maahad Tahfiz Darul Quran wal Qiraat, Repek, Pasir Mas. SMU (A) Badang dan Maahad Muhammadi Tumpat.
Beliau berkelulusan Sarjana Sastera Pengajian Melayu, APMUM. Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Awam, UUM dan pernah mengikuti pengajian Diploma Usuluddin, UMCCed. Kini beliau merupakan calon Ph.D. Peradaban Islam, Institut Islam Hadhari, UKM.
Dari sudut kerjaya beliau pernah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta WPKL (JPPH-WPKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), PTS, ITBM, Karangkraf dan kini sebagai Penolong Pengarah di IIUM Press. Beliau juga pernah mengajar secara sambilan di ACIS, UiTM dan UniTAR.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan dan penerbitan, beliau telah menghasilkan hampir 30 judul buku pelbagai genre. Antara karya mutakhir beliau ialah HAMKA, Surah Yusuf & Sastera (2018), Isra’iliyyat, Hadith Mawdu’ & Fitnah Sirah di Alam Melayu (2019) dan Khurafat, Tahyul & Mistik di Alam Melayu (2020).
*************
MENGENAI BUKU:
Isrā’īliyyāt, Ḥadīth Mawḍū‘ & Fitnah Sīrah di Alam Melayu
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 296
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.348
Dimensi (cm): 22.8 x 15 x 1.7
ISBN: 978-967-481-583-7
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 202
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.345
Dimensi (cm): 22.8 x 15 x 1.7