Fitnah Akhir Zaman

Fitnah Akhir Zaman
FITNAH AKHIR ZAMAN

**************
Kiamat pasti berlaku.

Semua orang Islam tahu bahawa ia akan berlaku.

Namun, tiada seorang pun mengetahui bila ia akan berlaku.


"Sudah hampir saat (kedatangan kiamat) dan terbelahlah bulan."

(Surah Al-Qamar ayat 1)

Petikan ayat pertama daripada Surah Al-Qamar ini mengundang pelbagai pertanyaan, bilakah detik peristiwa ini terjadi tidak dinyatakan secara tepat. Penggunaan istilah yang menakutkan ini menggambarkan betapa dahsyatnya hari yang disebut-sebut.

Namun, bagi mereka yang beriman, persoalan bilakah kiamat akan berlaku bukanlah persoalan yang utama.

Persoalan utamanya adalah,

Apakah persiapan kita untuk menghadapinya?

Sudah bersediakan kita menghadapinya?



**************
SINOPSIS



Buku ini adalah buku terbitan PTS yang ditulis oleh dua orang penulis prolifik iaitu Imam Muda Asyraf dan Ustaz Hamid Addin. Buku bukan fiksyen ini adalah buku agama yang sangat menarik. Buku ini membahaskan mengenai perihal tanda-tanda akhir zaman atau kiamat yang sudah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Nabi di hadith baginda.

Setiap perbahasan dan hujah yang didatangkan di dalam buku ini di datangkan dengan penuh berdisiplin. Hadith yang didatangkan di dalam buku ini ditakhrij dengan sempurna mengikut kaedah format yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Setiap tanda-tanda akhir zaman yang dibahaskan di dalam buku ini dibahas dengan sangat menarik dan mudah untuk difahami. Seterusnya ia mendatangkan rasa keinsafan di dalam diri kita sang pendosa agar sentiasa ingat bahawa:


"Kehidupan di dunia ini hanya persinggahan sementara menuju ke negeri yang kekal abadi."



**************
KANDUNGAN




Bahagian 1

Bab 1: Adakah Kita Sudah Berada pada Akhir Zaman?

Bab 2: Berapakah Umur Dunia?

Bab 3: Adakah Lima Fasa Dunia Akhir Zaman

Benar-Benar Wujud?

Bab 4: Memahami Maksud Hadith Akhir Zaman


Bahagian 2

Nabi Muhammad s.a.w. Diutus

Bulan Terbelah

Keluarnya Api dari Wilayah Hijaz yang Menyinari

Leher-Leher Unta di Bushra (Syam)

Ilmu Dicabut

Zina Berlaku Secara Terang-Terangan

Keluarnya 30 Orang Pendusta yang Mengaku

sebagai Nabi

Banyak Berlaku Gempa Bumi

Waktu Seakan-Akan Berjalan dengan Pantas

Banyak Berlaku Pembunuhan

Fitnah Tersebar

Pembebasan Baitulmuqaddis

Kematian Mengejut Manusia dalam Jumlah yang Ramai

Harta Melimpah-Ruah

Bermewah-Mewah dalam Membina Masjid

Hamba Wanita Melahirkan Tuan

Orang Miskin Menjadi Kaya

Ilmu Diangkat

Kebodohan Tersebar

Arak Diminum Secara Berleluasa

Salam Diucap Hanya kepada Orang yang Dikenali

Perubahan Bentuk Bumi Terjadi

Perniagaan Berkembang Sehingga Isteri Perlu

Menolong Suami

Memutuskan Tali Persaudaraan

Tanah Arab Kembali Menghijau

Lima Puluh Orang Wanita Bersamaan dengan

Seorang Lelaki

Peperangan Besar Disebabkan Furat

Imam Mahdi: Pemimpin Akhir Zaman


Bahagian 3

Bab 1: Apakah Tanda Besar Kiamat yang Pertama?

Bab 2: Dajjal: Fitnah Terbesar di Dunia

Bab 3: Nabi Isa a.s. Penyelamat Akhir Zaman

Bab 4: Yakjuj dan Makjuj: Makhluk Terkurung

yang Akan Dibebaskan

Bab 5: Matahari Terbit dari Arah Barat

Bab 6: Asap yang Menutupi Bumi

Bab 7: Binatang Melata yang Mampu Berbicara

Bab 8: Angin Lembut yang Membunuh Manusia Beriman

Bab 9: Api yang Mengiring Manusia 



**************
PENULIS



IMAM MUDA ASYRAF

Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan berasal dari Pulau Pinang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya. Beliau kini sedang menyiapkan Sarjana di Univiersiti Malaya dalam bidang yang sama. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai Imam di Masjid Desa Petaling Kuala Lumpur.Dinobatkan sebagai Juara Imam Muda Astro Oasis 2010. Program siri pencarian bakat Imam muda yang berkebolehan yang disiarkan selama tiga bulan di Saluran Astro Oasis. Rancangan ini mendapat liputan hangat bukan setakat pihak media tempatan, malah menjangkaui dunia.

Kisah kejayaan beliau pernah dipaparkan di CNN, BBC, Reuters, Al-Jazeera, Taiwan Post dan ramai lagi dari media luar negara seperti dari Jerman, Singapura, Brunei, Jepun dan banyak lagi.Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011. Dilantik sebagai Ikon Kesihatan Malaysia 2013 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan menjadi Duta produk. Pada tahun 2013 juga, beliau sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah IKON Belia Bumiputera Pulau Pinang Kategori Keagamaan dan Keseluruhan. Berpengalaman memberi ucapan, ceramah, tazkirah dan forum di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura. Antara pengalaman beliau adalah:1. Pernah menyampaikan ‘Talk’ atau tazkirah di:Hotel The Empire Brunie bersama staff Syarikat Komunikasi DST Berhad, Proton Bhd, Majlis berbuka Puasa staff CIMB Bank 2010, Agro Bank 2012 , Maybank 2013, Pejabat Axim Bank 2010, Hospital Ampang Puteri 2010, Launching Giat Mara Malaysia, Petronas Gas di Putrajaya, PS Pipeline Sdn Bhd, Mynic Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB), PNS, Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pharmaniaga, SADC Perak, Masjid-masjid , Surau, IPT, Sekolah, dan lain-lain.

Pernah menjadi panel forum:Ahli Panel Forum Perdana Ehwal Islam RTM, IPTA/ IPTS seperti Universiti Malaya (UM), UIA Gombak, Unisel, UKM, UiTM Shah Alam, UiTm Merbok, Uitm Segamat Johor, UiTM Alor Gajah, UTM Skudai, UiTM Puncak Alam, UMP Pahang, Matrikulasi Pulau Pinang, Matrikulasi UIA PJ, UNITEN Serdang, UPM Serdang, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Politeknik, Masjid Putrajaya.3. Menyampaikan motivasi:Kepada peserta Kem Anjuran Bank Islam Brunei Berhad 2010, MRSM, Slot Motivasi pagi di radio JAKIM saluran Salam FM, tetamu slot Primadona, tetamu tetap slot Selamat Pagi Malaysia RTM 1, Kem-kem motivasi, sekolah-sekolah, dan lain-lain.


USTAZ HAMID ADDIN

Muhd Hamiduddin bin Ahmad berkelulusan dari Mu’tah University, Jordan dalam Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul. Dilahirkan di Sabah namun dibesarkan di Ipoh, Perak. Lebih dikenali dengan nama Hamid Addin di dunia Facebook, beliau sering berkongsi ilmu penulisan ayat jualan (copywriting dan storytelling) di media sosial.

Beliau juga menerima tempahan servis penulisan ayat jualan dan artikel. Bertugas sebagai guru agama di Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah (SRATI), Ipoh, bapa kepada seorang puteri ini meminati bidang penulisan sejak dari sekolah rendah lagi. Berbekalkan hadith riwayat Al-Bukhari, "Sampaikanlah dariku walau satu ayat" membuatkan beliau lebih bersemangat untuk berkongsi ilmu melalui cabang penulisan. Beliau boleh dihubungi melalui medium Facebook (Hamid Addin) atau melalui email, hamiduddinahmad@gmail.com.



**************
SPESIFIKASI



Tajuk: Fitnah Akhir Zaman
ISBN: 978-967-481-606-3
Penerbit: PTS 
Penulis: Imam Muda Asyraf
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 248
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.330
Dimensi (cm):  22.7 x 15.2 x 1.2
Harga : RM 20


**************
BUKU LAIN YANG BERKAITAN




Tajuk: 400 Adab Komunikasi Di Media Sosial
ISBN: 978-967-481-624-7
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Aina Umairah Ansari
Tahun Terbitan: Terbitan Pertama, 2021
Muka Surat: 136
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.35
Dimensi (cm): 19. x 12.8 x 0.7
Harga : RM 10

Tajuk: Bicaralah yang Baik ataupun Diam
ISBN: 978-967-369-557-7
Penerbit: Puteh Press
Penulis: Iqro’ Firdaus
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 128
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.11
Dimensi (cm): 19.3 x 13.5 x 1.0
Harga : RM 14

Tajuk: Jangan Tunda Taubatmu
ISBN: 978-967-481-582-0
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd
Penulis: Ilham Wahyudi
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat:160
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover 
Berat (kg):0.230
Dimensi (cm): 22.9x15.2x0.8
Harga : RM 15







################

Bagi Tuan/Puan yang mempunyai masalah semasa pembelian atau lebih selesa berhubung secara terus dengan pegawai kami, sila klik link di bawah:





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (MYR)
Fitnah Akhir Zaman
Misi Masuk Syurga : 400 Adab Komunikasi di Media Sosial
Bicaralah yang Baik ataupun Diam
Jangan Tunda Taubatmu
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah MYR ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel ikramtrainingacademy@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaIkram Training Academy
No. Akaun562151430352
Buka Maybank2u  


Maklumat Ejen Affiliate

clickhere
Muhamad Anuar