[Panas dari Kilang] Berjuang Urus Emosi

[Panas dari Kilang] Berjuang Urus Emosi
Andai ada yang menyangka wanita makhluk yang lemah mungkin perlu berfikir sekali lagi. Sekiranya lemah itu diukur dari segi perbandingan fizikal, ya, mungkin fizikal wanita nampak lebih lemah. Namun, sekiranya lemah itu diukur dari segi emosi menahan kesakitan, wanitalah yang sangat kuat. 


**************
 Allah s.w.t. memilih kaum wanita melalui sakit bersalin ini kerana Allah Maha Tahu kekuatan mereka. Semoga buku ini menambahkan ‘makna’ kekuatan itu dalam hidup seorang wanita mulia bergelar ‘ibu,’ dengan izin-Nya jua, kemudian menjadi
inspirasi kekuatan untuk generasimu. Ada hiburan untukmu iaitu hadis daripada Abi Masu’d Uqbah bin Amrin Al-Ansory Al-Adawyyi, Nabi s.a.w. bersabda:


 مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Sesiapa menunjukkan kepada kebaikan, maka untuknya pahala yang sama dengan orang yang melakukannya.”


(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, dalam Sahih Muslim, kitab Al-Imarah,

bab Fadl I-anati Al-Ghazi Fi Sabilillah Bi Markub Wa Ghairihi Wa Khilafatihi Fi

Ahlihi Bi Khairi, oleh Abu Mas’ud Al-Ansori, no. hadis 1893, status hadis sahih)



Transisi menjadi seorang gadis kepada seorang ibu bukan sesuatu yang mudah seperti menukar pangkat. Emosinya perlu diurus dengan bijak. Pengurusan ini bukan hanya pada saat hamil, malah berterusan selama-lamanya. 

====================

Pelbagai kompilasi sokongan dan rujukan yang berbentuk doa amalan, info perubatan, sejarah sebenar dan pandangan pakar  amatlah membantu setiap wanita yang menyahut jihad menjadi ibu.


Buku ini ditampilkan sebagai salah satu daripada sokongan buat semua ibu. Kompilasi sokongan yang ada ini khas buat mereka yang mahu mengetahui ilmu mencegah sebelum merawat.

Dengan ikhtiar yang terbatas,
kita hanya mampu memilih suasana hati sama ada BERJUANG URUS EMOSI ataupun memilih untuk membiarkan sahaja simptom depresi seperti terus-menerus merasa tertekan dan kehilangan minat dalam beraktiviti, sehingga mengakibatkan penurunan kualiti hidup sehari hari. Di sinilah, terkandung makna dalam Al-Ma’thurat Al-Kubra yang boleh memujuk. Insya-Allah. Risiko tetap ada namun sekurang-kurangnya kita telah berikhtiar MENCEGAH. Insya-Allah, selamat.



Mudah-mudahan, buku ini menjadi pencetus kepada semua ibu untuk kekal berjuang menguruskan emosi pejuang dalam diri. Di samping mendapatkan sokongan moral dan fakta perubatan, terdapat pelbagai kisah dan sejarah yang dikongsikan sebagai panduan dan rujukan sebenar menjadi persediaan.




PENULIS BUKU INI ADALAH : 





    USTAZAH FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN adalah seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mendapat ijazah dalam Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Mempunyai Ijazah Bacaan Al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kitaro, Damsyiq, Syria. Berkelulusan Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul Al-Fiqh. Dan kini, beliau sedang menyambung pelajarannya ke peringkat Ph.D di Universiti Malaya. 

    Beliau juga adalah seorang Pengarah Urusan Sebarkan Bahagia Sdn. Bhd., perunding motivasi, penulis, editor, kolumnis, penulis skrip drama TV dan pendakwah. Pernah menjadi tetamu TV Al-Hijrah, Astro Oasis, RTM, TV3, TV9, IKIM fm dan sebagainya. Pernah mendapat pencalonan Anugerah Pendakwah Muda Negara 2015. Aktif sebagai ahli panel forum, ceramah, seminar, bengkel penulisan, konvensyen dan sebagainya di dalam dan luar negara termasuk di Amerika, Australia, Brunei, Singapura dan Mesir.



    KANDUNGAN BUKU:




















    Tajuk: Berjuang Urus Emosi
    ISBN: 978-967-481-639-1
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Fatimah Syarha
    Tahun Terbitan: 2021
    Muka Surat: 432
    Halaman: Bewarna 
    Format: Softcover
    Berat (kg): 0.40
    Dimensi (cm): 19.3 x 13.5 x 2.3





    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    BUTIRAN PEMBELIAN

    Produk Kuantiti Harga (MYR)
    Berjuang Urus Emosi
    JUMLAH

    Kos Penghantaran

    JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

    BUTIRAN PELANGGAN

    BUTIRAN PEMBAYARAN

    Sila lakukan bayaran berjumlah MYR ke akaun bank pilihan anda di bawah.

    • Anda mesti memasukkan emel ikramtrainingacademy@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
    • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
    PenamaIkram Training Academy
    No. Akaun562151430352
    Buka Maybank2u