[KOMBO] NOVEL KANAK-KANAK ISLAMIK : YOUNG AISYAH

[KOMBO] NOVEL KANAK-KANAK ISLAMIK : YOUNG AISYAH

- Susahkah PDPR?


- Anak-anak sudah pandai main gajet sejak belajar dari rumah!


- Tidak boleh kawal anak-anak bermain gajet!


- Jika saya simpan gajet, nanti mereka bosan pula!


- Anak saya pula sudah pandai membaca, tetapi saya tidak tahu mahu berikan bahan bacaan yang bagaimana?



===============================


- INILAH MASANYA! Ubah sikap anak-anak dengan memberi mereka bahan bacaan yang berkualiti.


- Siri ini mendapat sambutan dan menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak.


- Novel kanak-kanak Islamik yang sesuai untuk anak-anak seawal umur 7 tahun.


- Novel yang padat dengan unsur-unsur teladan, ilustrasi serta menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
 

- Selepas baca jangan lupa isi dalam buku NILAM.


===============================



SETIAP PEMBELIAN KOMBO INI AKAN MENERIMA KOMIK "YOUNG AISYAH THE COMIC", PERCUMA!




YOUNG AISYAH : SAYANG UMI

ISBN-13: 978-967-481-243-0
Tarikh Terbit:
21 Dec 2018
Jumlah Muka Surat:
119


SINOPSIS

Aisyah Sofia sangat menyayangi uminya dan mereka berdua memang tidak dapat dipisahkan. Suatu hari apabila pulang dari sekolah, seperti biasa dia segera mahu mendapatkan uminya di rumah. Tetapi selepas puas mencari, dia tetap tidak menjumpai uminya. Aisyah Sofia menjadi takut. Apakah uminya diculik orang jahat ataupun makhluk asing? Apa yang perlu dia lakukan? Dia tidak mahu tinggal sendirian!

Apakah sebenarnya yang terjadi kepada umi Aisyah Sofia? Bagaimanakah reaksi Aisyah Sofia apabila mengetahui hal yang sebenar?


ISI KANDUNGAN

Bab 1: UMI SAKIT?

Bab 2: AYAH JADI CEF

Bab 3: CATATAN INDAH

Bab 4: PAKATAN ANAK-BERANAK

Bab 5: HADIAH UNTUK UMI





===============================


YOUNG AISYAH : SAYANG NINI

ISBN-13: 978-967-481-265-2
Tarikh Terbit:
Jumlah Muka Surat:


Sinopsis:

Aisyah Sofia hairan kerana kucing kesayangannya, Nini semakin berat apabila didukung. Nini juga asyik tidur dan tidak aktif seperti dahulu. Rupa-rupanya, Nini bunting. Aisyah Sofia teruja dan tidak sabar untuk melihat anak Nini. Azirah yang terkejut dengan berita Nini bunting secara tiba-tiba terpaksa menjadi bidan terjun menyambut kelahiran anak-anak Nini. Nini melahirkan anak kembar tiga yang sangat comel. Aisyah Sofia menamakannya sebagai Nana, Nini, dan Dudu. Aisyah Sofia sangat teruja kerana menjadi “mak cik kucing”.


Bab 1: Berdosa Menganiayai Haiwan

Bab 2: Mak Cik Kucing

Bab 3: Azirah, Bidan Si Nini

Bab 4: Kembar Tiga

Bab 5: Nana, Nini, dan Dudu



===============================


YOUNG AISYAH : OPERASI 3K

ISBN-13: 978-967-481-237-9
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 123



Baru-baru ini, suasana kelas Aisyah Sofia gempar apabila Arif tidak hadir ke kelas. Rupa-rupanya, kawan Aisyah Sofia itu sudah dimasukkan ke hospital kerana disyaki demam denggi.


Guru kelas Aisyah Sofia pula memperkatakan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan rumah. Di rumah, ayah Aisyah sibuk membersihkan sekitar kawasan rumah? Apa yang berlaku di kampung Badak Berendam?


Melihatkan keadaan itu, Aisyah dan Geng Aa-Syik mengambil langkah melaksanakan opersi 3K? Operasi 3K? Kawan-kawan mahu ikut serta?



===============================


YOUNG AISYAH : ROMBONGAN SEKOLAH

ISBN-13: 978-967-481-245-4
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 119


Murid-murid darjah 4 Anggerik terkejut apabila Cikgu Abdul Rahman mengumumkan bahawa sekolah akan mengadakan rombongan pada musim cuti akan datang. Masing-masing ada yang teruja dan ada juga yang bimbang.

Aisyah Sofia gembira, namun dia bimbang umi dan ayahnya tidak mengizinkan. Tambahan pula, dia tidak pernah mengikuti apa-apa rombongan sekolah dan berjauhan daripada keluarganya..

Semasa berada di tempat percutian, pelbagai kerenah dan gelagat kawan-kawan Aisyah Sofia yang mencuit hati.

Ke manakah Cikgu Rahman akan membawa mereka bercuti?Adakah mereka dapat mengikuti rombongan itu?


===============================


YOUNG AISYAH : TABUNG RAYA

ISBN-13: 978-967-481-239-3
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 136


Suatu hari, sekeping kertas dihantar ke rumah Aisyah. Dia yang baru balik dari sekolah ternampak kertas yang diselitkan di peti surat. Aisyah membaca kertas itu dan hatinya tertarik. Dia berazam menyimpan duit bagi mendapatkannya.

Selain menyimpan duit belanja sekolah yang diterimanya, Aisyah terfikir dia perlu melakukan sesuatu supaya tabungannya penuh dan dapat membeli basikal idamannya. Basikal itu mempunyai tempoh promosi sehingga hujung Syawal. Dia susah hati duit tabungannya masih tidak mencukupi.

Namun begitu, bagaimanakah cara Aisyah mendapatkannya?



===============================


YOUNG AISYAH : SUMMER CAMP

ISBN-13: 978-967-481-236-2
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 148

Aisyah Sofia dan kawan-kawannya menyertai perkhemahan motivasi pelajar anjuran sekolah. Ia diadakan di sebuah kawasan perkhemahan dalam hutan. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan. Mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar seperti meredah sungai, memasak, memanjat pokok, menyediakan khemah dan sebagainya. Mampukah mereka mengikuti program itu sehingga selesai?



===============================


YOUNG AISYAH : CUTI SEKOLAH

ISBN-13: 978-967-481-235-5
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 140


Cuti sekolah yang panjang baru sahaja bermula. Aisyah Sofia merancang mengadakan suatu aktiviti. Dia mengajak kawan-kawannya turut serta. Ke mana mereka hendak pergi? Apa yang terjadi kepada Abu? Adakah dia ikut serta atau dia ditinggalkan?

1. Masa Itu Nyawa
2. Siapa Perlu Berkhatan
3. Kampung Pinang Sebatang, Kami Datang
4. Mari Kita Berkebun
5. Cerita Buat Sahabat


===============================


YOUNG AISYAH : PINDAH RUMAH

ISBN-13: 978-967-481-230-0
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 156


Memulakan kehidupan baru di kampung suatu cabaran bagi Aisyah. Adakah dia bersedia untuk berpindah? Bagaimana dengan Nini, Nazirah dan kawan-kawan lain di sekolahnya.

Bab 1- Pindah Rumah
Bab 2- Berita Sedih
Bab 3- Mahu ke Mana?
Bab 4- Alahai Aisyah
Bab 5- Perpisahan


===============================


YOUNG AISYAH : PONTENG PUASA

ISBN-13: 978-967-481-234-8
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat:


Bulan puasa akan menjelang tidak lama lagi. Aisyah Sofia dan Geng Aa-Syik tidak sabar menunggu untuk berpuasa. Apabila tiba bulan Ramadan, Abu dan Ali didapati tidak berpuasa beberapa hari? Mengapa mereka tidak berpuasa? Pada suatu hari, Aisyah ternampak Abu makan di sebalik pokok. Manakala Ali pula tertangkap oleh gurunya kerana minum air di bilik air. Aisyah pula? Adakah Aisyah berjaya puasa sebulan pada bulan Ramadan kali ini atau dia juga ponteng puasa? Apakah persiapan Aisyah Sofia dan Geng Aa-Syik sempena menyambut Hari Raya nanti? Sama-samalah kita baca kesudahan cerita ini dalam buku Young Aisyah: Ponteng Puasa. Selain itu, terdapat stiker doa-doa yang adik-adik boleh amalkan dalam bulan Ramadan nanti.



===============================


YOUNG AISYAH : JUARA KAMPUNG BADAK BERENDAM

ISBN-13: 978-967-481-232-4
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 108


Hari sukan sekolah baru bermula. Aisyah Sofia dan rakannya berlumba-lumba masuk acara yang dipertandingkan. Namun, terdapat seorang kawan Aisyah Sofia yang hanya duduk mendiamkan diri. Mengapa dia tidak mahu masuk bertanding? Mungkin dia ada sebabnya sendiri.

Mahu tahu siapa menang pertandingan lumba lari 100 meter? Aisyah Sofia ada jawapannya.

1. Hari Sukan
2. Siapa Menang
3. Letihnya Berlatih
4. Yakin Boleh
5. Heroin Kampung Badak Berendam


===============================


YOUNG AISYAH : SERONOKNYA MEMBACA

ISBN-13: 978-967-481-242-3
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 119


Aisyah Sofea seorang kanak-kanak yang bijak, tetapi tidak suka mengulang kaji pelajaran dan suka bermain. Dia suka bertanya, tetapi tidak suka membaca. Akibat tidak suka membaca, Aisyah bermimpi mendengar suara yang menyuruhnya rajin membaca.

Suara itu berkata, “Hei budak yang bermata bundar! Kamu jangan asyik tidur sahaja. Bacalah buku sebelum buku itu dibacakan untuk kamu.’’ Sejak peristiwa itu, Aisyah mula menanam minat untuk membaca buku. Minat Aisyah semakin membuak-buak apabila ayahnya membawa Aisyah sekeluarga ke Pesta Buku Antarabangsa.

Adakah minat Aisyah terhadap buku semakin bertambah?

===============================


YOUNG AISYAH : SAYANG ADIK

ISBN-13: 978-967-481-246-1
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 119


Puan Aminah semakin sarat mengandung anak pertamanya. Namun ia sihat dan tetap menjalankan tugasannya sebagai suri rumahtangga. Aisyah Sofia pula berasa kasihan melihat uminya yang sering penat selepas membuat kerja. Umi juga sukar hendak berjalan seperti biasa. Azirah juga perasan mengenai perubahan umi yang semakin sukar hendak bergerak. Tapi, umi tetap senyum dan tidak pernah mengeluh.


Dua beradik berbincang untuk mengambil alih kerja-kerja rumah yang selama ini dilakukan oleh umi mereka. Adakah dua beradik itu mampu melakukan kerja-kerja rumah? Aisyah pula tidak sabar hendak mengetahui jantina adiknya? Adakah mereka akan menyayangi adik mereka?



===============================


YOUNG AISYAH : SAYANG AYAH

ISBN-13: 978-967-481-244-7
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 125


Aisyah Sofia jarang berenggang dengan ayahnya. Apabila menerima berita ayahnya terpaksa bekerja di luar kawasan selama seminggu, dia berasa serba tidak kena. Aisyah Sofia terasa rindu. Apabila berkesempatan, Aisyah Sofia akan menelefon ayahnya untuk bertanya khabar, sekali gus dapat melepaskan kerinduan kepada ayahnya.

Tidak berapa lama lagi adalah hari lahir ayahnya. Umi Aisyah Sofia merancang mahu mengadakan majlis kesyukuran untuk ayahnya yang turut dinaikkan pangkat. Aisyah Sofia merancang mahu membuat kejutan bagi menggembirakan hati ayahnya.

Apakah kejutan itu? Apakah yang Aisyah Sofea lakukan bagi menunjukkan kasih sayang kepada ayahnya?


===============================


YOUNG AISYAH : KAWAN BARU

ISBN-13: 978-967-481-240-9
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat: 121


Nama Khalid Al-Walid seperti aku pernah dengar. Tetapi di mana, ya?” Aisyah Sofia berkata dalam hatinya. Nama itu menarik perhatiannya. Dia berfikir sehingga berkerut-kerut dahinya, cuba mengingatkan sesuatu. Amirah perasan dengan sikap kawannya. Dia melihat muka kawannya berkerut seperti nenek tua makan sirih. Rasa geli hati pula.

Siapakah Khalid Al-Walid? Adakah kehadirannya menggugat persahabatan Aisyah, Amirah, Abu, dan Ali? Ikuti kesudahannya dalam buku ini.

Sekali bersahabat, biar terus sampai ke syurga!


===============================


YOUNG AISYAH : SAYANG CIKGU

ISBN-13: 978-967-481-233-1
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat:
115


Hari Ibu dan Hari Guru akan berlangsung tidak lama lagi. Geng Aa-Syik sibuk membuat persiapan untuk menyambutnya.

Apakah yang bakal Aisyah Sofia hadiahkan untuk umi, nenek dan guru-gurunya? Mereka juga berlakon di sekolah. Apakah yang mereka lakonkan?


===============================


YOUNG AISYAH : BULI

ISBN-13: 978-967-481-231-7
Tarikh Terbit: 2018
Jumlah Muka Surat:
180


Asiyah Sofia bimbang untuk memulakan persekolahan di sekolah barunya. Ini kerana terdapat kes buli di sekolah barunya. Tetapi, dia tidak mungkin menyangka dapat bertemu dengan kawan baiknya, Amirah. Namun begitu, ada dua orang pelajar lelaki yang suka mengusik dan menyakat Aisyah Sofia. dapatkah Aisyah Sofia menangani masalah buli di sekolahnya?

Siapakah mereka? Adakah mereka yang sentiasa membuli pelajar sekolah?

1. Nini Junior
2. Aisyah Dapat Kawan Baru
3. Siapa Seksa Binatang
4.Sekolah Baru
5.Sahabatku Nazirah
6.Berbaik Sangka
7. Geng A-syik


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (MYR)
Novel Kanak-Kanak Islamik : Young Aisyah
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

BUTIRAN PELANGGAN