Hadith 40 Tentang Amalan Yang Mudah Namun Pahalanya Melimpah Ruah

Hadith 40 Tentang Amalan Yang Mudah Namun Pahalanya Melimpah Ruah
[Buku ini sedang digunakan dala pengajian khas bersama Ustaz Wadi Annuar secara langsung di Facebook. Setiap pagi, kuliah subuh]





***************




**************
HADITH 40 TENTANG AMALAN YANG MUDAH NAMUN PAHALANYA MELIMPAH RUAH

Kitab Hadith 40 Amalan Yang Mudah Namun Pahalanya Melimpah Ruah ini adalah himpunan hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam yang telah dipilih oleh Almarhum Fadilat al-Syeikh Dr. 'lyadah bin Ayyub al-Kubaisiyy dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu serta diolah dan didatangkan pengajaran ringkas dengan tambahan beberapa hadith oleh pengolah untuk memudahkan cara pengamalan dan kefahaman yang jelas oleh masyarakat awam di Malaysia.
Hadith 40 yang dihasilkan ini adalah himpunan jenis amalan yang mudah diamalkan oleh masyarakat namun pahala ganjaran yang diberikan oleh Allah Taala sangat besar dan melimpah ruah. la sangat berguna dan mesti dimiliki oleh setiap ahli masyarakat untuk dijadikan rujukan bagi amalan-amalan yang dilakukan agar kita mendapat pahala yang melimpah ruah di sisi Allah Taala.




PENULIS BUKU INI ADALAH:




    SOHIBUL FADHILAH SYEIKH HAIRUL NIZAM BIN MAT HUSSAIN AL-AZHARI dilahirkan pada 22 Julai 1980 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala kubu Bharu (SAMTKKB) sehingga selesai menduduki Sijil Tinggi Agama pada tahun 1998.

    Pada tahun 1999, beliau terus melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Tonto, Mesir dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah pada tahun 2003 dengan pangkat Jayyid Jiddan.

    Beliau banyak menghabiskan waktu menadah kitab-kitab Turath bermula akhir tahun 2003 di Kaherah, Mesir sehingga diijazahkan dengan ijazah Tadris (Keizinan Mengajar) oleh guru beliau Fadhilat As-Syeikh Sayyid Shaltut As-Syafie. 

    Melalui keizinan mengajar ini, beliau pernah mengajar di Masjid Al-Azhar As- Syarif, Kaherah. Antara guru utama beliau adalah Fadhilat As-Syeikh Sayyid Shaltut Al-Azhari dan Fadhilat Al-Syeikh Yusri bin Rushdi Bin Al-Sayyid bin Jabr Al-Hasani.

    Beliau telah menyambung pelajaran di peringkat Sarjana (MA) di Universiti Al-Azhar As-Syarif dalam bidang pengkhususan Usul Fiqh dan berjaya mendapat pangkat Jayyid Jiddan melalui tesis yang bertajuk : Percanggahan Pandangan Al-Imam Fakhruddin Ar-Razidi dalam Tiga Kitab Beliau, Al-Mahsul, Al-Muntakhab dan Al-Ma'alim Menurut Perspektif Ilmu Usul Fiqh Serta Kesannya Terhadap Ilmu Fiqh.

    Kini, beliau menjawat jawatan syeikh Ruwaq Jawi yang merupakan satu pusat pengajian Turath yang berpusat di Kaherah, Mesir. 

    *************



    KANDUNGAN BUKU:















    Tajuk:  Hadith 40 Tentang Amalan Yang Mudah Namun Pahalanya Melimpah Ruah

    ISBN: 978-967-18556-0-7

    Penerbit: Pusat Pengajian Ruwaq Jawi

    diterjemah dan Diolah Oleh: Sohibul Fadhilah Syeikh Hairul Nizam bin Mat Hussain Al-Azhari

    Tahun Terbitan: 2020

    Muka Surat: 159

    Halaman: Hitam putih

    Format: Softcover

    Berat (kg): 0.3


    **************

    DAPATKAN NASKAH INI DAN IKUTI KELAS PENGAJIAN BERSAMA UWA:




    BUKU AMALAN YANG BERKAITAN:




    Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun perkara itu kecil.

    Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah s.a.w. di sepanjang hari bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah s.a.w. dalam masa 24 jam.

    Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah s.a.w. bagi menambahkan rasa cinta kepada Baginda.
    


    Buku kecil ini adalah sebuah koleksi pelbagai amalan mudah dan ringan yang dapat dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia menjanjikan pahala besar. Bahkan, ada juga terdapat amalan yang menjadi pembuka pintu syurga. Amalan itu dipanggil sebagai amalan mudah kerana ia lebih mudah dilakukan berbanding dengan amalan lain. Ia juga dipanggil amalan ringan kerana ia mampu dilakukan dengan tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal dan tenaga yang berat.

    Fahrur Mu'is adalah seorang graduan Ijazah Sarjana Pendidikan Islam dari Universitas Muhammadiyah Surakarta, Indonesia. Beliau adalah editor di Syarikat Penerbitan Aqwam, Indonesia. Antara karya beliau adalah Bahagia Saat Sakit, Nama Terindah untuk Anakku, Agar Solat Tidak Sia-Sia, dan Sedekah Tanpa Wang.





    Rezeki yang kita miliki adalah pemberian daripada Allah s.w.t. Setiap manusia diberi pelbagai rezeki yag berbeza. Ada antara kita mendapat rezeki kesenangan wang ringgit, rezeki anak-anak yang solehah dan solehah, rezeki kesihatan, dan lain-lain lagi. Namun, ada yang diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan seperti disempitkan pintu rezeki dan dibeban dengan hutang yang banyak. Persoalannya, bagaimana untuk diluaskan pintu rezeki dan dijauhkan bebanan hutang? Salah satu cara untuk mendapat rezeki yang luas ialah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t.


    BUKU YANG BERKAITAN:
    KEMBARA MENUJU ALLAH



    Tajuk: Kembara Menuju Allah (Softcover)
    ISBN: exclusive-soft-cover
    Penerbit: Publishing House
    Penulis: Ustazah Asma Harun & Dwi Suwiknyo
    Tahun Terbitan: 2020
    Halaman:
     
    - Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali: 198 
    - Ya Allah, Jangan Biarkan Aku Sendiri: 188
    - Ya Allah, Bersama-Mu Aku Bahagia: 218
    - Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu: 192
     
    Halaman: Berwarna
    Format: Softcover
    Berat (kg): 0.885
    Dimensi (cm): 19.3cm x13.5cm x4.6cm

     

    Karya Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.

    Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.


    KEMBARA MENUJU ALLAH

     

    "Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."

    Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

    Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

    Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.

     

    "Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."

    Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

    "Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.

    Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

     

    "Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."

    Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.

    Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup.

    Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

     

    "Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."

    Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.

    "Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.

    Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

     



    KITAB SIRAH YANG BERKAITAN:

    [Menambah kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya dalam diri]



    KITAB LENGKAP SIRAH RASULULLAH SAW (AR-RAHIQ AL-MAKHTUM)


    • Karya yang istimewa, telah diiktiraf sebagai johan dalam pertandingan antarabangsa mencipta buku sirah Nabi Muhammad s.a.w. anjuran badan kebajikan Islam, Rabitah Al-Alam Al-Islami di Persidangan Islam Asia Pertama pada tahun 1978.


    • Berlandaskan kecintaan beliau terhadap Baginda s.a.w., biografi lengkap ini ditulis dengan hasil kajian terperinci daripada sumber yang sahih sahaja.


    • Melalui penulisan yang lengkap dan padat, penulis membawa pembaca merasai sendiri setiap momen kehidupan Rasulullah s.a.w. Daripada detik kelahiran, perjalanan kehidupan Baginda, fasa penyebaran dakwah, fasa hijrah ke Madinah, perihal peperangan, fasa perjanjian damai, sehingga detik terakhir Baginda s.a.w. bersama umatnya dan alam dunia.


    KITAB LENGKAP SIRAH RASULULLAH SAW (AR-RAHIQ AL-MAKHTUM)
    ISBN: 978-967-481-348-2
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri
    Tahun Terbitan: 2019
    Muka Surat: 1028
    Halaman: Hitam Putih
    Format: Hardcover
    Berat (kg): 1.48
    Dimensi (cm): 23.6 x 17 x 5.5
    Harga : RM 90

    *********

    Bagi Tuan/Puan yang mempunyai masalah semasa pembelian atau lebih selesa berhubung secara terus dengan pegawai kami, sila klik link di bawah:







    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    BUTIRAN PEMBELIAN

    Produk Kuantiti Harga (MYR)
    Hadith 40 Tentang Amalan Yang Mudah Namun Pahalanya Melimpah Ruah
    HABIS STOK
    Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w.
    Amalan Kecil Berpahala Besar
    Amalan dan Doa Murah Rezeki & Bebas Hutang
    HABIS STOK
    Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu
    Ya Allah, Jangan Biarkan Aku Sendiri
    Ya Allah, Bersama-Mu Aku Bahagia
    Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali
    Andai Umat Ini Hidup Seperti Umar al-Khattab
    Kitab Lengkap Sirah Rasulullah SAW (Ar-Rahiq Al-Makhtum)
    JUMLAH

    Kos Penghantaran

    Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
    Pelarasan Penggenapan
    JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

    BUTIRAN PELANGGAN

    BUTIRAN PEMBAYARAN

    Sila lakukan bayaran berjumlah MYR ke akaun bank pilihan anda di bawah.

    • Anda mesti memasukkan emel ikramtrainingacademy@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
    • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
    PenamaIkram Training Academy
    No. Akaun562151430352
    Buka Maybank2u