[MISI MASUK SYURGA] SIRI 400 ADAB
400 Adab Komunikasi di Media Sosial
400 Adab Menjadi Pekerja yang Disayangi Bos
400 Adab Pengantin Kekal Bahagia
-----
Setiap kehidupan manusia terutamanya seorang Muslim tidak lari daripada satu cara hidup yang beradab dan beretika. Tanpa adab tiada bezanya manusia dengan haiwan. Bukan hendak menyamakan manusia dengan haiwan, tetapi ingin menunjukkan betapa peri pentingnya adab itu di dalam kehidupan manusia.
Adab jugalah yang menjadi "Mahkota" bagi seseorang manusia yang berjaya. Mereka bukan sahaja berjaya di dunia, malah diakhirat juga. Manusia yang mempunyai nilai adab yang tinggi akan disanjungi dan disayangi bukan sahaja oleh manusia, malah Allah s.w.t. Apabila Allah s.w.t. sayang, maka syurgalah tempatnya diakhirat kelak.
Justeru itu, buku ini disusun dan ditulis supaya menjadi panduan bagi kita agar terus menerapkan nilai adab di dalam kehidupan seharian kita.
Menggunakan nilai 'mudah' dalam penulisan buku, maka setiap penulisan dalam buku ini datang dalam bentuk lebih tersusun dengan beberapa terma yang senang difahami.
Penyampaian yang ditulis semuanya terbahagi kepada beberapa elemen berikut:
- Bersumberkan Hadith Rasulullah s.a.w.
Setiap bab akan dimulakan dengan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. Hadith yang diambil bersumberkan sumber yang sahih serta mempunyai takhrij yang lengkap mengikut format Kementerian Dalam Negeri.
- Penerangan Umum yang Ringkas
Kefahaman hadith yang dikongsikan akan dibantu dengan sebuah penerangan yang mudah dan jelas.
- Info dan Fakta Tambahan daripada Para Ulama
Selain daripada merujuk kepada sumber daripada Al-Quran dan Hadith, terdapat beberapa info dan fakta yang diambil daripada ulama yang muktabar berdasarkan beberapa kitab yang muktabar.
- Doa-Doa Pilihan
Doa-doa pilihan yang sahih daripada sumber yang sahih
- Saiz Comel dan Nipis
Hanya bersaiz 5.5 x 7.5 inci. Saiz yang sangat comel dan sesuai dengan gaya 'handy book.' Bersesuaian dengan saiznya, muka surat bagi setiap buku ini juga tidak terlalu tebal bagi memudahkan ia dijadikan rujukan yang mesra perjalanan.
- Infografik yang Menarik
Kesemua buku ini dipersembahkan dengan infografik yang menarik dan moden. Pesembahan yang ringkas dan kemas ini akan membantu para pembaca memahami kandungan buku dengan lebih mudah.
- Harga Mampu Milik
Harga yang sangat murah. Kesemua buku berharga RM10.
- Sesuai Dijadikan Hadiah
Hadiah ibu kepada anak, majikan kepada pekerja, kepada pasangan yang bakal berkahwin dan banyak lagi.
Tim Penulis PTS
Tim Penulis PTS adalah sebuah pasukan yang ditubuhkan khas untuk menghasilkan Siri Misi Masuk Syurga : 400 Adab Selain daripada itu, mereka yang dipilih adalah dalam kalangan yang pakar dan mahir dalam pembelajaran hadith.
Tim Penulis PTS ini terdiri daripada empat orang individu iaitu Nor Aniza Azeri, Aina Umairah Ansari, Najwa Mad Zelan dan Tengku Nusaibah.
Selain aktif sebagai penulis, mereka juga akif dalam bidang dakwah, pendidikan Islam dan misi kemanusiaan.
*************
KANDUNGAN BUKU:
Tajuk: 400 Adab Komunikasi Di Media Sosial
ISBN: 978-967-481-624-7
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Aina Umairah Ansari, Aniza Azeri
Tahun Terbitan: Terbitan Pertama, 2021
Muka Surat: 136
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.35
Dimensi (cm): 19. x 12.8 x 0.7
Harga : RM 10
Tajuk: 400 Adab Menjadi Pekerja Yang Disayangi Bos
ISBN: 978-967-481-627-8
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Tengku Nusaibah, Aniza Azeri
Tahun Terbitan: Terbitan Pertama, 2021
Muka Surat: 128
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.122
Dimensi (cm): 19. x 12.8 x 0.7
Harga : RM 10
Tajuk: 400 Adab Pengantin Kekal Bahagia
ISBN: 978-967-481-381-9
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Najwa Mad Zelan, Aniza Azeri
Tahun Terbitan: Terbitan Pertama, 2021
Muka Surat: 31
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.122
Dimensi (cm): 19. x 12.8 x 0.7
Harga : RM 10